Header
Home
Photos
Blog
Links
ONIGIRI
Home

Image

Onigiri merupakan makanan jepun yang diperbuat daripada nasi selain sushi. Di Jepun, onigiri juga dikenali sebagai omusubi, nigirimeshi dan nigiri sushi. Onigiri bermaksud "memegang sesuatu benda dengan tangan". Dalam bahasa Malaysia, onigiri lebih kepada "nasi kepal".

Terdapat pelbagai cara untuk membuat onigiri pada hari ini memandangkan citarasa rakyat jepun yang berbeza-beza. Perbezaan ini terdapat dalam inti onigiri, dan cara membuatnya masih menggunakan prinsip yang sama.

Bahan asas yang diperlukan untuk membuat onigiri ialah nasi yang ditanak menggunakan beras jepun jenis pendek. Beras jenis ini digunakan kerana setelah ditanak, nasi akan menjadi lembut, lembap, sedikit melekit dan berasa manis berbanding nasi biasa.

Untuk membuat onigiri yang paling ringkas, bahan-bahan yang diperlukan adalah:
1. 1 cawan nasi yang telah ditanak
2. 2 auns (kira-kira 56.7 gram) fillet ikan salmon yang telah dipanggang dan dijadikan emping dengan menggunakan garfu
3. garam
4. 2 helai 7x6 inci nori (rumpai laut)
*sukatan bagi bahan-bahan di atas akan menghasilkan empat onigiri.

Cara-cara membuat onigiri: 
(a) Bahagikan nasi yang telah ditanak dan masih panas kepada 4 bahagian yang sama rata supaya menjadi bentuk seperti bebola. 
                                    Image
(b) Basuh tangan dengan bersih. Basahkan tangan dengan air dan debukan tangan dengan garam. Ambil satu bebola nasi. Cucukkan satu lubang pada bebola nasi. 
                                   Image
(c) Bahagikan fillet ikan salmon kepada 4 bahagian dan masukkan ke dalam lubang yang telah dibuat pada bebola nasi. Seterusnya, tutup lubang tadi dengan nasi dan tekan dengan kemas. 
(d) Bentukkan setiap bebola nasi mengikut kehendak anda sendiri. Biasanya, onigiri berbentuk segitiga. Untuk membuat bentuk ini, letakkan tangan yang sebelah lagi dalam bentuk "A" ke atas tangan yang memegang bebola nasi, dan bentukkan. 
                                   Image
(e) Bahagian tepi onigiri adalah rata. 
                                   Image

(f) Potong nori kepada 2 bahagian. Pastikan nori tidak koyak. Bungkuskan onigiri yang telah dibentuk dengan nori. Dirikan nasi kepal di atas nori, lebih kurang di bahagian tengah. Lipatkan hujung nori kepada nasi.
                                   Image
(g) Hidangkan onigiri anda. Jika tidak mahu makan serta-merta, bungkuskan dengan pembalut plastik dan simpan di dalam peti sejuk. Apabila ingin makan, bungkus kembali onigiri dengan nori kerana nori telah menjadi lembap.

Tips: 
# Anda boleh bakarkan onigiri dalam ketuhar gelombang mikro sebelum anda makan. 
# Inti onigiri boleh ditambah atau diganti dengan bijan yang telah dipanggang, telur ikan, ikan tuna dan umeboshi (aprikot yang telah dijeruk dan dikeringkan) atau apa-apa sahaja mengikut kesukaan anda. 
# Onigiri boleh berbentuk bujur atau bulat tetapi bukan berbentuk sfera. Onigiri mestilah rata dan nori dibungkus di sekeliling nasi kepal. 
# Selain daripada membungkus onigiri dengan nori, nori boleh dipotong nipis dan dibalut di sekeliling onigiri seperti belang.
# Sebelum bentukkan bebola nasi, gaulkan nasi dengan bijan. 
# Beras jepun jenis pendek boleh diganti dengan beras yang mempunyai ciri-ciri yang sama seperti beras siam wangi.

Pautan ke laman web yang lain:
How to make onigiri! - http://www.geocities.com/tpkamsin/fbonigiri/onigiri.html
foodnetwork.com - http://www.foodnetwork.com/food/recipes/recipe/0,,food_9936_3497,00.html 
Japan Thru Young Eyes - http://www.shejapan.com/jtyeholder/jtye/living/onigiri/onigiri1.html
Toasted Rice Balls - http://www.kyoto-su.ac.jp/information/recipes/yaki.html
About - http://japanesefood.about.com/od/rice/r/riceball.htm 

Nama pembangun: Maizatul Nabila bt. Mohd. Suratin
Alamat untuk dihubungi: C/502, Kolej Aminuddin Baki,
                                          Kampus Sultan Azlan Shah, 
                                          Universiti Pendidikan Sultan Idris,
                                          35900 Tanjong Malim, 
                                          Perak.
e-mail: buatonigiri@zoomshare.com

             d022119@siswa.upsi.edu.my 
             chomeih17@yahoo.com 
Image









If you are the owner of this site:
You can start editing your web site by clicking here.
Forgot your zoomshare username or password? Get it here.



site  zoomshare